Fadhlina nafi ada hubungan keluarga dengan pengetua SMKA Tun Datu Mustapha

Akhir-akhir ini banyak sekali fitnah direkayasa secara liar, jahat dan menyebarkan kebencian.
Terkini, ada beberapa individu yang cuba mengaitkan saya dengan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar di Sabah.
Setakat tepis dan nafi, ternyata tidak menjadi pengajaran.
Apatah lagi fitnah itu mengaitkan arwah ibu saya yang sudah tiada di dunia ini untuk mempertahankan dirinya.
Fitnah yang ditaja secara jahat dan disebarkan telah memberikan implikasi kepada masyarakat.
Saya telah membuat laporan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkenaan fitnah ini.
Tindakan undang-undang juga akan diambil. Semoga ia menjadi pengajaran kepada semua pihak.
Saya menyeru semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi.
Hormati keluarga Allahyarham Zara Qairina dan beri ruang kepada proses undang-undang yang sedang berjalan.
Jika KEADILAN itu yang kita cari, maka ia harus ditegakkan dengan paksi kebenaran.
Sesungguhnya KEADILAN itu sangat dekat dengan takwa.
Fadhlina Sidek
Menteri Pendidikan