Berita

SK Seremban 2A terima sumbangan kewangan dari Nicole

BUKIT KEPAYANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang, YB Nicole Tan Lee Koon telah memberi sumbangan kewangan kepada Sekolah Kebangsaan Seremban 2A.

Nicole berkata, sumbangan tersebut bagi membantu pihak sekolah naik taraf bilik akses mereka kepada bilik pembelajaran abad ke-21.

“Semoga naik taraf ini dapat memberikan keselesaan kepada para pelajar.

“Dalam pada itu, saya turut memberi sumbangan kepada beberapa pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT).

“Saya berharap agar mereka terus berjaya dan kembali berkhidmat mencurahkan tenaga dan idea kepada Negeri Sembilan pada masa akan datang,” kata Nicole.

Show More

Related Articles

Back to top button