Berita

Sambutan Perayaan Ratha Yatra boleh menjadi tarikan pelancong ke Negeri Sembilan

1) Malaysia merupakan negara yang sangat unik dengan kepelbagaian bangsa dan kaum, maka terdapat pelbagai perayaan dan sambutan diadakan saban tahun. Dengan keunikan ini, maka Malaysia terutama Negeri Sembilan merupakan lokasi yang menarik untuk dikunjungi pelancong-pelancong seluruh dunia.

Mereka berpeluang merasai sendiri pengalaman perarakan dan sambutan sesebuah perayaan secara langsung dan dengan lebih dekat.

2) Pada 2 Disember 2023 (Sabtu) yang lepas, saya telah memenuhi jemputan bagi menghadiri sambutan Ratha Yatra anjuran Pertubuhan Kesedaran Krishna Antarabangsa, cawangan Seremban bertempat di Kuil Sri Mahamariamman, Bukit Tembok. Turut hadir, Mr Ponnusamy (Pengerusi Pertubuhan Kesedaran Krishna Antarabangsa, cawangan Seremban).

3) Ratha Yatra merupakan sebuah perayaan tahunan bagi menghormati Dewa Krishna di mana orang ramai berarak sambil menarik Ratha (kereta) yang membawa berhala Dewa Jagannath.

Perarakan kelmarin dimulakan dari Kuil Sri Subramaniyar Bala Thandayuthapani, Jalan Tan Sri Manickavasagam Lobak sehingga ke Kuil Sri Mahamariamman, Bukit Tembok.

4) Sepanjang perarakan, orang ramai bersama-sama mengikuti Ratha Yatra sambil melaungkan dan memuji Dewa Krishna menggunakan alat muzik tradisional. Sesuatu perkara yang menarik, Perayaan Ratha Yatra ini telah bermula sejak abad ke-12 lagi dan dipercayai menjadi salah satu perayaan tertua di dunia. Perkataan Inggeris “juggetnaut” berasal dari berhala dewa Jaganath.

5) Perayaan Ratha Yatra diraikan di kebanyakan bandar utama dunia sejak 1968 melalui pergerakan ISKCON Hare Krishna. A. C. Bhaktivedanta Swami Prabhupada mempopularkan festival itu secara global, yang kini diadakan setiap tahun di lebih 108 bandar termasuk:

Moscow, New York, Houston, Atlanta, London, Rom, Zürich, Kolkata, Mumbai, Karachi, Berlin, Heidelberg, Cologne, Florence , Wroclaw, Sydney, Perth, Kampala, Nairobi, Mombasa, Kisumu, Mexico City, Dublin, Belfast, Manchester, Birmingham, Alchevsk, Buenos Aires, Madrid, Stockholm, Bath, Budapest, Auckland, Melbourne, Montreal, Paris, Copenhagen, Amsterdam, Los Angeles, Toronto, Vancouver, Santiago, Tallinn, Lima, Antwerp, Sofia, Kuala Lumpur, Dubai, Oslo, Zhongshan, Myitkyina, Bangkok, Pelabuhan Sepanyol, Manama dan banyak bandar lain. Ratha Yatra di Dhamrai, Bangladesh, adalah salah satu yang paling penting di Bangladesh.

6) Justeru, saya berharap agar perayaan-perayaan bersejarah seperti ini dapat diraikan dengan lebih meriah, serta menjadi tarikan penyertaan pelbagai bangsa (selain daripada Muslim) dari dalam dan luar Negeri Sembilan.

Ia sekaligus menjadikan Negeri Sembilan sebagai destinasi pelancongan wajib dikunjungi.

6) Semoga dengan kehadiran dan penyertaan lebih ramai pelancong, dapat membantu untuk memacu sektor pelancongan Negeri Sembilan agar lebih mampan dan berkembang maju.

YB Nicole Tan Lee Koon
Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan

Show More

Related Articles

Back to top button