SUKMA SARAWAK: Bapa Angkat Sukan terima sumbangan kewangan
SEREMBAN: Sempena Temasya Sukan Malaysia 2024 (SUKMA) yang sedang berlangsung di Sarawak; Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun telah menyerahkan sumbangan kewangan kepada semua Bapa Angkat Sukan Kontingen Negeri Sembilan.
“Kerajaan Negeri akan berusaha sedaya upaya untuk membantu dan memberikan sokongan serta dorongan yang padu kepada atlet Negeri Sembilan di SUKMA.
“Sumbangan yang disalurkan ini akan diguna pakai sebagai persediaan dan persiapan ketika mengharungi SUKMA 2024.
“Di kesempatan ini juga, saya mendoakan kejayaan Kontinjen Negeri Sembilan untuk membawa pulang seberapa banyak pingat emas dan mengharumkan nama Negeri Sembilan, Insya Allah.
“Saya juga ingin memberi penghargaan kepada Exco Belia dan Sukan, YB Mustapha Nagoor di atas idea melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen Kerajaan menjadi Bapa Angkat untuk setiap acara sukan yang dipertandingkan di SUKMA Sarawak,” kata Aminuddin.
Aminuddin berkata demikian di Majlis Penyerahan Cek Sumbangan Kewangan kepada Bapa Angkat Sukan Kontingen Negeri Sembilan di Wisma Negeri.
Dalam pada itu, Mustapha berkata, objektif program Bapa Angkat ini dapat membantu pencapaian cemerlang atlet-atlet Negeri Sembilan dalam SUKMA akan datang sekaligus menaikkan imej Negeri Sembilan.
Berikut senarai penuh Bapa Angkat mengikut sukan:
1. Dato’ Seri Jalaluddin Alias – Pencak Silat.
2. Teo Kok Seong – Bola Keranjang dan Wushu.
3. Noorzunita Begum Mohd Ibrahim – Catur.
4. Dato’ Ismail Lasim – Softbal.
5. Arul Kumar Jambunathan – Kabaddi.
6. Nicole Tan Lee Koon – Gimnastik dan Gimrama.
7. Veerapan Superamaniam – Olahraga.
8. Dato’ Mohd Faizal Ramli – Lawan Pedang.
9. Tengku Zamrah Tengku Sulaiman – Skuasy.
10. Dato’ Ir.Bakri Sawir – Menembak.
11. Dato’ Zaifulbahri Idris – Petanque.
12. Gunasekaren Palasamy – Taekwando.
13. Choo Ken Hwa – E-Sport.
14. Chew Seh Yong – Karate-Do.
15. Dato’ Mohd Razi Mohd Ali – Tenis.
16. Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid – Tinju.
17. Ng Chin Tsai – Bola Tampar.
18. Dato’ Zaidy Abdul Kadir – Bola Sepak.
19. Yap Yew Weng – Badminton.
20. Saiful Yazan Sulaiman – Hoki.
21. Dr.Rajasekaran Gunnasekaran – Silambam.
22. Muhammad Suffian Maradzi – Memanah.
23. Desmond Siau Meow Kong – Akuatik.
24. Suhaimi Aini – Tenpin Boling.
25. Yew Boon Lye – Muaythai.
26. Dato’ Mohd Asna Amin – Berbasikal.
27. Suhaimizan Bizar – Lawn Bowl.
28. Dato’ Mohd Isam Mohd Isa – Ragbi.
29. Dato’ Adnan Abu Hassan – Sepak Takraw.