BeritaMenarik

Surau Kampung Pelegong terima dana RM20,000 daripada Cha

RASAH: Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin menyampaikan sumbangan kewangan sebanyak RM20,000 kepada Surau Kampung Pelegong, Labu.

Cha berkata, peruntukan RM20,000 ini bagi membolehkan pihak jawatankuasa surau membaikpulih beberapa kerosakan pada premis dan struktur surau.

“Kerja membaikpulih kini sedang dilaksanakan.

“Semoga peruntukan ini dapat menceriakan para jemaah dan penduduk kampung.

“Apabila kerja-kerja membaikpulih ini siap, diharapkan ia memberi keselesaan kepada jemaah surau,” ujar Cha.

Cha menyerahkan sumbangan kewangan tersebut dalam bentuk cek kepada Pengerusi Surau Kampung Pelegong, Reduan Sahid.

Dalam pada itu, Cha menyerahkan sumbangan berjumlah RM25,000 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kepayang sempena perasmian Hari Koperasi dan Keusahawan sekolah tersebut.

“Saya berharap sumbangan ini membantu pihak sekolah mengadakan lebih banyak aktiviti untuk kecemerlangan pelajar dan sekolah ini,’ kata Cha.

Show More

Related Articles

Back to top button