Berita

Syarikat kebersihan tidak bayar KWSP pekerja akan diambil tindakan

NILAI: Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J.Arul Kumar berkata, mana-mana syarikat kebersihan yang tidak membayar gaji pekerja akan diambil tindakan.

“Hal ini kerana saya telah berjumpa beberapa wakil pekerja kebersihan daripada beberapa buah sekolah di kawasan Nilai berkaitan caruman KWSP dan PERKESO yang tidak dibayar oleh syarikat mereka.

“Walaupun begitu, potongan daripada gaji bulanan mereka tetap dilakukan.

“Saya telah merujuk kepada KWSP dan PERKESO untuk menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya.

“Saya juga berharap agar setiap kontrak yang diberikan oleh mana-mana agensi kerajaan perlu berdasarkan prestasi syarikat tersebut.

“Mereka juga perlu diberhentikan segera dan disenarai hitamkan jika syarikat tersebut melakukan perkara seperti ini,” kata Arul Kumar.

Show More

Related Articles

Back to top button