Berita
Letupan kuat disebabkan stesen janakuasa terbakar

SRI TANJUNG: Satu letupan kuat yang menghasilkan gegaran di port Dickson pada malam tadi adalah disebabkan oleh kebakaran yang berlaku di Stesen Janakuasa tuanku Jaafar.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Dr. G.Rajasekaren berkata, walau bagaimanapun, ia berada dalam keadaan terkawal.
“Unit Teknikal Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dikerahkan ke lokasi tersebut bagi menilai situasi dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk memastikan keselamatan semua pihak.
“Buat masa ini, tiada sebarang gangguan bekalan elektrik yang berlaku.
“Siasatan masih lagi dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.
“TNB akan terus memantau perkembangan situasi ini dan akan memberikan maklumat terkini dari semasa ke semasa,” kata Rajasekaren.