BeritaKolumnis

Tiga tempat menarik di Negeri Sembilan

Edzwan Ashraf

Negeri Kita ingin berkongsi tiga lokasi menarik yang terdapat di Negeri Sembilan untuk mereka yang berhasrat berkunjung ke negeri ini nanti.

Tiga tempat menarik tersebut adalah Galeri Diraja Tuanku Ja’afar, Masjid Sri Sendayan dan Gunung Datuk.

i) Galeri Diraja Tuanku Ja’afar

Galeri yang terletak di Seremban ini memaparkan koleksi seni dan artifak yang berkaitan dengan sejarah dan budaya Negeri Sembilan, terutamanya berkaitan dengan keluarga diraja Negeri Sembilan.

Galeri ini dinamakan sempena Tuanku Ja’afar, yang merupakan bekas Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan serta merupakan seorang tokoh penting dalam sejarah moden negeri ini.

Di sini, pengunjung dapat melihat pelbagai artifak bersejarah termasuk pakaian tradisional, perabot, senjata, gambar dan lain-lain, yang memberi gambaran yang mendalam tentang kehidupan dan warisan budaya Negeri Sembilan.

ii) Masjid Sri Sendayan

Sudah pasti masjid ini tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita. Manakan tidak, masjid ini juga menjadi tumpuan pada bulan Ramadhan tempoh hari sebagai lokasi untuk berbuka puasa bersama dengan jemaah lain.

Masjid yang siap pada September 2019 ini boleh dianggap sebagai contoh keindahan seni bina moden di negeri ini. Hal ini dipengaruhi dengan binaan arkitektur yang menarik dan unik serta ketinggian menara menjadikannya ciri khas yang mudah dikenali di kawasan sekitarnya.

Reka bentuk masjid ini juga menggunakan elemen-elemen moden serta unsur tradisional sekali gus memberikan aura keanggunan dan kemuliaan.

iii) Jeram Tengkek

Destinasi ketiga adalah Jeram Tengkek. Sebuah nama yang mungkin kurang sinonim dengan orang luar tetapi dekat dengan rakyat Negeri Sembilan.

Terletak di Kampung Sungai Tengkek, jeram ini dapat melakukan pelbagai aktiviti menarik dengan berlatar belakangkan alam semula jadi yang indah.

Di sini anda boleh melakukan aktiviti seperti memancing, berpiknik dan berekreasi di dalam air.

Jadi kepada yang belum pernah menjejakkan kaki ke sini, anda semua disaran untuk datang ke sini supaya datang kerana pelbagai aktiviti menarik anda boleh buat.

Show More

Related Articles

Back to top button