YB Kita

Tujuh pelajar universiti terima komputer riba percuma daripada Veerapan

REPAH: Seramai tujuh pelajar universiti tempatan dari keluarga kurang berkemampuan menerima bantuan komputer riba percuma daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, Veerapan Superamaniam.

“Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa menitikberatkan pembangunan pendidikan dalam kalangan rakyat Negeri Sembilan serta berusaha mengurangkan kos pendidikan mereka.

“Selain sumbangan komputer riba percuma menerusi Yayasan Negeri Sembilan, Kerajaan Negeri Sembilan juga menawarkan pelbagai lagi inisiatif dan insentif pendidikan termasuk Bantuan Anak Sekolah (BAS) untuk murid sekolah rendah, Biasiswa Anak Negeri (BAN) untuk pelajar sekolah menengah, Bantuan Kecemerlangan IPTA (permulaan pengajian) sehingga RM1,000 (ijazah), Bantuan Sara Hidup Mahasiswa (RM200 sebulan) serta Anugerah Kecemerlangan Ijazah Kelas Pertama (RM5,000).

“Semoga sumbangan ini digunakan sebaik mungkin dalam mencapai kecemerlangan dalam akademik seterusnya menjadi insan yang berguna kepada negara.

“Inisiatif ini juga selaras dengan salah satu konsep Malaysia MADANI iaitu ‘Kesejahteraan’ yang merangkumi segala sisi kehidupan,” jelas Veerapan yang juga Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button