SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun menyampaikan bantuan pengurusan jenazah kepada 10 waris anggota JPKK Negeri Sembilan yang telah meninggal dunia.
“Saya ambil kesempatan ini mengucapkan salam takziah kepada semua keluarga waris yang terlibat.
“Sumbangan Bantuan Pengurusan Jenazah JPKK merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri tahun 2024 sebagai menghargai jasa anggota JPKK yang telah meninggal dunia semasa perkhidmatan.
“Bantuan ini bukan sahaja kepada Pengerusi dan Setiausaha JPKK tetapi turut diberikan kepada Ahli Jawatankuasa JPKK yang meninggal dunia semasa perkhidmatan.
“Pada hari ini, seramai 10 orang waris anggota JPKK telah menerima sumbangan bantuan pengurusan jenazah berjumlah RM3,000 bagi setiap waris JPKK,” kata Aminuddin.
Aminuddin berkata, secara keseluruhan pada tahun 2024, seramai 20 orang waris anggota JPKK telah menerima sumbangan Bantuan Pengurusan Jenazah.
“Semoga dengan sumbangan ini dapat meringinkan beban yang dihadapi oleh keluarga waris JPKK dan sekali lagi Kerajaan Negeri merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan oleh arwah dan mendiang semasa menjalankan tugas sebagai anggota JPKK bagi memastikan segala inisaitif Kerajaan Negeri dapat disampaikan kepada masyarakat setempat,” ujar beliau lagi.