Berita

11 keluarga terima sumbangan kewangan daripada Pejabat Daerah dan Tanah Tampin

TAMPIN: Program Ziarah Kasih merupakan salah satu inisiatif Pejabat Daerah dan Tanah Tampin dalam menyantuni masyarakat kampung di samping mendalami permasalahan yang dihadapi masyarakat kampung.

Sebanyak lima buah keluarga di Mukim Repah dan enam keluarga di Mukim Gemencheh yang terdiri daripada peserta e-kasih iaitu kelompok miskin tegar telah menerima sumbangan wang tunai sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri daripada Pejabat Daerah dan Tanah Tampin.

Penyerahan sumbangan tunai tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh, YB Suhaimizan Bizar bersama Penolong Pegawai Daerah, Tuan Zainuzzaman Mohd Noor.

Semoga sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban penerima semasa musim perayaan Aidilfitri ini.

Turut hadir, Penghulu Mukim Gemencheh, Encik Muhamad Shafiq Sidek; Pengerusi JPKK Kampung Pondoi/Tebong dan Setiausaha JPKK Kampung Felda Bukit Rokan Utara.

Show More

Related Articles

Back to top button