Berita
14 keluarga klien AADK terima sumbangan Aidilfitri
PORT DICKSON: Sebanyak 14 keluarga klien Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menerima sumbangan Aidilfitri daripada Pejabat Menteri Besar, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Pejabat Tanah dan Daerah Port Dickson.
Sebanyak lapan keluarga dari DUN Linggi dan enam keluarga dari DUN Sri Tanjung menerima sumbangan RM200 daripada Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan.
MAINS menyumbang kotak makanan, manakala Pejabat Tanah dan Daerah Port Dickson menyumbang kuih raya.
Sumbangan disampaikan oleh Pegawai Daerah Port Dickson, Puan Nurhazelin Makli.
Turut hadir, Pengarah AADK Negeri Sembilan, Dr.Hadijah Baba dan Pegawai Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Port Dickson, Encik Mohamad Norashri Abd Malek.