Berita

15 pelajar terima Biasiswa Anak Negeri RM600

CHEMBONG: Penyelaras DUN Chembong, Tuan Nasarudin Ibrahim menyerahkan Biasiswa Anak Negeri bernilai RM600 kepada 15 pelajar sekolah menengah dari DUN Chembong.

“Biasiswa Rendah Negeri merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun bagi membantu pelajar dari keluarga kurang berkemampuan.

“Semoga bantuan ini meringankan perbelanjaan persekolahan pelajar terbabit.

“Majlis berlangsung secara ringkas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Sedia Raja, bagi mematuhi SOP yang ditetapkan,” kata Nasarudin.

Turut hadir, Pengetua SMK Dato Sedia Raja, Encik Azhar dan Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar, Encik Jalaludin.

Show More

Related Articles

Back to top button