BeritaMenarik

16 pelajar IPT terima komputer riba percuma dari Noorzunita

PILAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah, Noorzunita Begum Mohd Ibrahim telah menyerahkan komputer riba (laptop) kepada 16 pelajar Institut Pengajian Tinggi dari DUN Pilah.

“Bantuan komputer riba ini adalah salah satu inisiatif dari Kerajaan Negeri Sembilan dan Yayasan Negeri Sembilan untuk anak-anak Negeri Sembilan yang layak dan berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading.

“Saya berharap pemberian komputer riba ini membantu pelajar bagi memudahkan melakukan tugasan di kampus nanti.

“Sumbangan ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri amat komited bagi memastikan pendidikan di negeri ini semakin ke hadapan.

“Hal ini supaya anak-anak di negeri ini dapat menjadi insan dan pemimpin yang cemerlang pada masa akan datang,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button