175 lampu solar akan dipasang di seluruh luar bandar Negeri Sembilan

SEREMBAN: Sebanyak 175 lampu jalan berkuasa solar akan dipasang di seluruh kawasan luar bandar Negeri Sembilan dan projek ini dijangka siap pada bulan Ogos ini.
Exco (Kanan) Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi, Dato’ Seri Jalaluddin Alias berkata, program pencahayaan luar bandar dijalankan setiap tahun di bawah peruntukan JKR.
Kementerian Kerja Raya menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) memperuntukkan RM2 juta untuk program pencahayaan luar bandar di Negeri Sembilan, manakala Kerajaan Negeri pula memperuntukkan RM1 juta untuk program pencahayaan tersebut.
“Lampu solar ini akan dipasang mengikut keperluan di sesuatu kawasan.
“Sebagai contoh, sebanyak 24 unit lampu solar tambahan akan dipasang di daerah Jelebu pada tahun ini.
“Saya akan merangka beberapa program pencahayaan terutamanya di perkampungan Orang Asli di seluruh Negeri Sembilan
“Saya juga fokus lokasi-lokasi hotspot yang kerap kali berlaku kemalangan untuk dipasang lampu jalan
“Contohnya Jalan Jelebu – Seremban di Bukit Tangga, ada beberapa selekoh tajam yang masih gelap dan memerlukan pencahayaan,” jelas Jalaluddin.