BeritaMenarik

27 menara 5G baharu di Negeri Sembilan

JELEBU: Sebanyak 27 menara 5G baharu di Negeri Sembilan telah siap dibina.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, menara tersebut telah siap dibina oleh pihak EDOTCO sdn. bhd.

“Kini, 27 menara tersebut berada dalam fasa pemasangan telekomunikasi oleh pihak CelcomDigi.

“Saya dimaklumkan sebanyak lapan buah menara telah mula beroperasi dan baki 19 menara lagi dalam proses pemasangan telekomunikasi.

“Saya berharap agar semua pihak dapat memberikan kerjasama menyegerakan segala permohonan berkaitan dan memudahcara baki mencapai sasaran 19 menara ini sebelum akhir tahun.

“Mengikut data, siap sahaja kesemua 27 menara ini dapat memberi manfaat kepada 16,000 orang penduduk di luar bandar termasuk kawasan Orang Asal juga turut menerima manfaat,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Pemuktamadan Pembinaan 27 Menara Telekomunikasi Baharu Pelan jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1 Negeri Sembilan Oleh EDOTCO Malaysia Sdn. Bhd. di Kampung Rambai, Jelebu.

Show More

Related Articles

Back to top button