Menarik

Gunasekaren prihatin keselesaan penduduk Kampung Baru Rahang

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah turun padang bagi meninjau longkang yang rosak dan ditumbuhi semak samun di Kampung Baru Rahang.

Gunasekaren berkata, beliau mendapat aduan mengenai permasalahan itu daripada penduduk setempat.

“Longkang tersebut bukan sahaja rosak malah tidak dapat menampung aliran air yang banyak kerana strukturnya yang cetek dan kecil.

“Saya telah panjangkan perkara ini kepada Jabatan Kejuruteraan Majlis Bandaraya Seremban serta SWM Environment bagi kerja pembersihan dan tindakan segera,” kata Gunasekaren.

Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali.

Show More

Related Articles

Back to top button