NILAI: Badan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Wakil Rakyat dan Ketua Jabatan Wanita Kerajaan Negeri Sembilan (BAKRIYAH NS) telah mengadakan Majlis Penyampaian Bakul Makanan Sempena Sambutan Deepavali 2024 DUN Nilai di Dewan Komuniti Mantin.
Yang DiPertua BAKRIYAH, YABhg Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof berkata, sumbangan ini merupakan salah satu inisiatif BAKRIYAH dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Seremban.
“Seramai 300 penerima dari sekitar DUN Mantin menerima sumbangan bakul makanan ini.
“Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban dan memberikan sedikit kegembiraan menjelang sambutan Hari Deepavali tidak lama lagi,” kata Wan Hasni.
Turut hadir ke majlis ini Ahli Dewan Undangan Negeri Nilai, J.Arul Kumar dan Setiausaha Politik Menteri Besar Negeri Sembilan, Nor Azman Mohamad.