SIKAMAT: Seramai 370 remaja dan kanak-kanak telah menerima sumbangan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.
Aminuddin berkata, duit raya tersebut diberikan kepada mereka yang hadir ke Program Qiamullail di Masjid Dato’ Klana Petra Lela.
“Sumbangan tersebut diberikan sebagai suntikan semangat kepada mereka.
“Saya turut mendoakan agar mereka semua cemerlang dalam kehidupan,” kata Aminuddin.