376 calon berjaya peroleh keputusan cemerlang semua A+

PUTRAJAYA: Seramai 376 calon dari seluruh Malaysia berjaya memperoleh keputusan cemerlang semua A+, manakala jurang pencapaian antara bandar dan luar bandar terus menunjukkan pengurangan yang signifikan.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, seramai 413,299 calon telah mendaftar, dengan 94.29 peratus (366,435 calon) layak menerima sijil SPM.
“Pencapaian keseluruhan turut meningkat apabila Gred Purata Kebangsaan (GPK) bertambah baik kepada 4.42 berbanding 4.49 pada tahun sebelumnya.
“Selain itu, Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney merekodkan pencapaian 100 peratus lulus dan layak menerima sijil.
“Lebih membanggakan, seorang daripada calon tersebut berjaya memperoleh keputusan semua A.
“Keputusan ini mencerminkan usaha berterusan dan intervensi strategik Kementerian Pendidikan Malaysia di semua peringkat yang terbukti memberi impak positif dalam membangunkan generasi berpendidikan berkualiti, seterusnya melahirkan insan sejahtera dan membina negara yang mampan.
“Tahniah kepada semua calon SPM 2025. Teruskan melangkah ke hadapan dengan penuh yakin,” ujar beliau.



