Berita

4 buah sekolah Port Dickson terima RM45,000 daripada Aminuddin

PORT DICKSON: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun telah menyumbangkan sebanyak RM45,000 kepada empat buah sekolah.

Aminuddin berkata, empat buah sekolah tersebut adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Baru Si Rusa, Sekolah Menengah Kebangsaan Intan Perdana, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Saujana dan Sekolah Menengah Agama Teluk Kemang.

“Sumbangan yang diberikan adalah sebagai peruntukan khas yang boleh digunakan pihak sekolah dalam membuat persediaan bagi membantu pelajar yang bakal menduduki SPM tahun ini.

“Peruntukan ini juga boleh digunakan oleh para guru bagi menyediakan makanan sebelum kelas tambahan pelajar tingkatan 5 bermula.

“Hal ini supaya ia dapat memberi tenaga kepada mereka untuk menimba ilmu.

“Kepada anak-anak yang bakal menduduki SPM tahun ini, sekarang bukanlah masa untuk bermain dan leka.

“Sekarang adalah masanya untuk anda memberikan komitmen penuh kepada pelajaran.

“Berbaki tiga bulan sahaja lagi, buktikan kepada orang lain bahawa anda semua boleh mencapai kecemerlangan.

“Saya juga mendoakan bukan sahaja anak-anak di Parlimen Port Dickson, tetapi seluruh Negeri Sembilan dan khususnya buat anakanda saya yang bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi,” kata Aminuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Port Dickson.

Show More

Related Articles

Back to top button