Berita

59 peratus keluar mengundi setakat jam 3.00 petang

SEREMBAN: Seramai 507,536 pengundi telah keluar mengundi setakat jam 3.00 petang tadi yang membawa kepada peratus keluar mengundi sebanyak 59.03 peratus.

51.58 peratus ini adalah daripada jumlah pengundi Negeri Sembilan seramai 859,760 pengundi.

DUN Kota mencatat jumlah keluar mengundi tertinggi iaitu 65.5 peratus dan DUN Seri Menanti 64.6 peratus.

Manakala DUN Chennah mencatatkan peratusan keluar mengundi 64.5 peratus.

Dalam pada itu DUN Lukut, DUN Mambau dan DUN Lobak mencatatkan peratusan keluar mengundi paling rendah.

DUN Lukut mencapai 52.9 peratus, Mambau 52.8 peratus dan Lobak 51.3 peratus.

Data ini dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.

Show More

Related Articles

Back to top button