Berita

69 Kampung Orang Asli Negeri Sembilan diberi perhatian

TAMPIN: Sebanyak 69 Kampung Orang Asli yang berdaftar diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri Sembilan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, 69 buah kampun tersebut telah diberikan bantuan dalam bentuk geran berjumlah RM345,000 pada tahun lalu.

“Sebanyak 28 buah kampung yang mempunyai Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) menerima RM5,000.

“Manakala lagi 15 buah kampung yang tidak mempunyai JPKKOA tetapi diketuai oleh Tok Batin menerima RM4,000.

“Geran ini adalah bagi membolehkan JPKKOA menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang bermanfaat demi pembangunan komuniti mereka,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Sambutan Bulan Kebangsaan dan hari orang Asli Sedunia Tahun 2024 yang bertempat di Kampung Orang Asli Tebong Pasir, Tampin.

Beliau turut tambah, Sambutan Hari Orang Asli Sedunia yang diadakan ini adalah bagi menghargai dan mengiktiraf peranan dan sumbangan mereka kepada masyarakat global.

“Mereka merupakan pewaris dan pengamal budaya yang unik serta cara perhubungan antara manusia dan alam sekitar.

“Selain itu, mereka juga mengekalkan ciri-ciri sosial, budaya, ekonomi dan politik yang berbeza daripada ciri-ciri masyarakat dominan tempat mereka tinggal,” ujar beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button