Berita

AI dan Pendigitalan Teras Reformasi Kesihatan Awam Negara

PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dr.Dzulkefly Ahmad berkata, adalah hasrat beliau dan Perdana Menteri untuk menggalakkan penggunaan AI dalam penjagaan kesihatan.

“AI bukan pengganti manusia, tetapi pemangkin transformasi kesihatan berfokus pencegahan awal, respons pantas, penggunaan sumber cekap dan rawatan bersasar.

“KKM terus komited mereformasikan sistem kesihatan awam dengan memanfaatkan teknologi terkini melalui Persidangan Kebangsaan Kesihatan Awam Ke-12 dan NIH Scientific Conference Ke-26, yang berlangsung dari 8–10 Julai 2025 di Putrajaya.

“Dengan kehadiran lebih 800 peserta, persidangan bertemakan “Embracing The New Era: Advancing Public Health through AI and Digitalisation” memperlihatkan usaha negara membina sistem kesihatan mampan, responsif dan adil,” kata Dzulkefly.

Intipati persidangan:

1. AI dan digitalisasi kunci kepada sistem kesihatan awam inklusif, efisien dan bersasar.

2. Cloud-Based Clinical Management System (CCMS) digunakan di 80 klinik kesihatan.

3. 230 klinik dan 22 hospital laksana Sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR).

Institut Kesihatan Awam (NIH) melalui ICR bangunkan inisiatif AI seperti:

 • AI bunyi batuk (COVID-19)

 • Dr.Mata (retinopati diabetik)

 • AI kusta melalui imej kulit

NIH sedang bangunkan Trusted Research Environment (TRE) dan penyelidikan digital serta akademik penting untuk dasar kesihatan lestari.

Komitmen:

Transformasi kesihatan awam melalui teknologi.

Perkasa penggunaan data dalam dasar dan perkhidmatan.

Galak kolaborasi kerajaan–akademik–professional.

Sokong aspirasi MADANI: Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta.

Libat semua pihak bina sistem berteraskan rakyat dan akauntabiliti.

Dzulkefly berkata, usaha berterusan ini mencerminkan komitmen teguh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memperkasa sistem kesihatan awam negara melalui penerapan teknologi dan inovasi, demi memastikan perkhidmatan kesihatan yang lebih berkualiti, saksama dan berdaya tahan untuk seluruh rakyat Malaysia.

Show More

Related Articles

Back to top button