BeritaMenarik

Aminuddin lancar Lexis Hibiscus 2 bernilai RM1.6 bilion di Port Dickson

PORT DICKSON: Projek resort bertaraf lima bintang di atas laut, Lexis Hibiscus 2 bernilai RM1.6 bilion di Port Dickson, dilancarkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun.

Aminuddin berkata, projek yang berkeluasan 32.37 hektar (80 ekar) itu dijangka siap pada pertengahan 2029 dengan kerjasama strategik KL Metro Group dan Menteri Besar Negeri Sembilan-Pemerbadanan (MBINS).

“Lexis Hibiscus 2 bakal menawarkan 5,000 peluang pekerjaan apabila siap nanti dan dijangka menarik RM1.1 juta pelancong setiap tahun.

“Apa yang menarik KL Metro Group sangat peka dengan golongan nelayan yang terkesan sepanjang tempoh pembinaan Lexis Hibicus 2 ini.

“Nelayan yang terjejas sedang menerima pampasan RM1,000 sebulan sejak Jun lalu sehingga projek ini siap dibina.

“Selain itu, pihak KL Metro Group turut akan memberi keutamaan kepada anak-anak keluarga nelayan untuk mendapat peluang pekerjaan di Lexis Hibiscus 2 nanti,” kata Aminuddin di Majlis Upacara Pecah Tanah Projek Lexis Hibiscus 2, Port Dickson.

Lexis Hibiscus 2 akan dibina dengan seni reka bermotifkan Bunga Kebangsaan Malaysia (Bunga Raya), simbolik ini dijadikan resort (Lexis Hibiscus) sebagai tarikan yang unik sehingga mendapat permintaan tinggi bagi penginapan kelas atas daripada pelancong domestik mahupun luar negara.

Lexis Hibiscus 2 akan menampilkan 1,710 unit termasuk 910 rumah atas laut dan 800 suite kolam mandi (private pool) bertingkat.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, Lexis Hibiscus Port Dickson yang sudah lama beroperasi mempunyai kadar penghunian (occupancy rate) 70 peratus setiap hari.

KL Metro Group mempunyai rangkaian hotel Lexis Port Dickson, Grand Lexis Port Dickson, Lexis Hibiscus Port Dickson, Lexis Suites Penang dan Imperial Lexis Kuala Lumpur yang telah menarik 9.6 juta pelancong dari lebih 186 negara sejak tahun 2006.

 

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button