Berita

Aminuddin lawat stor Pengkalan Nelayan Kampung Telok Pelandok

PORT DICKSON: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun telah turun padang bagi melawat stor Pengkalan Nelayan di Kampung Telok Pelandok.

Aminuddin berkata, lawatan tersebut adalah bagi mendengar sendiri keluhan, pandangan juga cadangan penambaikan yang boleh dilaksanakan.

“Ini adalah bagi memastikan para nelayan dapat menikmati kemudahan dan keselesaan mereka.

“Lontaran idea yang diberikan adalah amat berharga sebagai input kepada Kerajaan Negeri.

“Ini adalah langkah-langkah penambahbaikan yang lebih praktikal dan berkesan,” kata Aminuddin.

Aminuddin juga turut tambah bahawa, keutamaan harus diberikan supaya kemudahan yang berada di kawasan tersebut berada dalam keadaan baik, selamat dan menyokong kelangsungan aktiviti harian nelayan.

“Segala maklum balas akan diteliti dengan baik supaya kebajikan dan kesejahteraan nelayan terus terpelihara, seiring usaha berterusan Kerajaan Negeri dalam memastikan sektor perikanan kekal berdaya saing dan mampan,” ujar beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button