![](https://negerikita.org/wp-content/uploads/2025/02/Aminuddin-puas-hati-2.jpg)
SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun berpuas hati dengan prestasi 10 barisan Exco Kerajaan Negeri.
“Saya nampak ok sahaja. Cuma ada satu dua Exco baharu. Tapi bagi saya, semua faham tentang tanggungjawab.
“Mungkin tahun pertama itu ada kekurangan sedikit. Tapi dah masuk tahun kedua ini, saya nampak banyak peningkatan.
“Saya berpuas hati dengan prestasi Exco saya,” kata Aminuddin.
Menjawab pertanyaan wartawan, Aminuddin berkata, beliau tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membuat rombakan barisan Exco seperti mana dilakukan oleh beberapa negeri lain.
“Kalau kita tukar selalu pun, Exco itu tak boleh merancang.
“Jadi, saya rasa biar dia teruskan.
“Cuma teguran-teguran itu, kadang-kadang saya sampaikan juga dan ada masanya program itu saya tegur secara terus dan nampak tambah baik itu ada.
“Tak semestinya kita terus tukar.
“Terpulanglah, itu pentadbiran masing-masing.
“Tak semestinya saya kena ikut cara orang,” katanya.