Berita

Aminuddin rasmi Billboard LED Gergasi di Kuala Klawang

JELEBU: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun merasmikan Billboard LED Gergasi di Stadium Majlis Daerah Jelebu.

Aminuddin berkata, penyediaan Billboard ini merupakan salah satu manifesto Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan dalam pilihan raya umum ke-14 yang lalu; iaitu melaksanakan projek pemasangan Billboard LED Gergasi di setiap daerah di Negeri Sembilan.

“Setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Sembilan telah diperuntukkan melaksanakan projek pemasangan Billboard LED Gergasi seumpama ini dengan peruntukan RM500,000 untuk setiap PBT.

“Kewujudan Billboard LED Gergasi ini diharapkan dapat menarik lebih ramai pengunjung untuk melakukan aktiviti riadah di Stadium Majlis Daerah Jelebu ini.

“Secara tidak langsung hal ini dapat merancakkan pertumbuhan ekonomi penduduk setempat dengan menjana peluang menambahkan pendapatan penduduk di kawasan ini.

“Besarlah harapan saya agar Billboard ini dapat digunakan sebaiknya untuk kebaikan semua penduduk setempat,” kata Aminuddin.

Billboard LED ini mempunyai dua skrin dengan satunya menghadap laluan Klawang-Simpang Pertang dan satu lagi menghadap ke Stadium Majlis Daerah Jelebu.

Turut hadir, ADUN Klawang, YB Dato’ Ir.Bakri Sawir.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button