Berita

Aminuddin rasmi Dewan Mesyuarat Ban Koh NSCCCI

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, telah merasmikan Dewan Mesyuarat Ban Koh milik Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Negeri Sembilan (NSCCCI).

Aminuddin berkata, pembangunan dewan ini bukan sahaja mencerminkan kebijaksanaan dalam perancangan dan pengurusan, malah menjadi simbol perpaduan, kekuatan dan kematangan komuniti perniagaan Cina di negeri ini.

“Saya amat menghargai peranan NSCCCI yang bertindak sebagai jambatan antara kerajaan negeri dan sektor swasta dalam memajukan industri, perdagangan dan keusahawanan.

“Saya percaya, dengan pembinaan Dewan Mesyuarat Ban Koh ini akan menjadi pusat perbincangan strategik, tempat lahirnya idea-idea besar dan inovatif, serta platform untuk memperkukuh jaringan perniagaan dan hubungan erat antara pelbagai pihak.

“Hal ini sekaligus akan melonjakkan usaha NSCCCI dalam meneroka pelbagai peluang yang mampu memberikan impak ekonomi yang terbaik untuk Negeri Sembilan,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button