BeritaMenarik

Aminuddin selar fitnah undian kerja MARRIS tidak telus

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun menyelar pihak yang membuat fitnah kononnya Majlis Cabutan Kerja Undi Fasa 1 Tahun 2024 MARRIS di Wisma Negeri pada Selasa tidak telus.

“Wakil daripada persatuan kontraktor dan pihak polis pun ada ketika proses cabutan.

“Proses cabutan ini kita siarkan secara langsung dalam Facebook Live.

“Bila tak dapat kontrak, ada juga pihak yang membuat fitnah di Facebook kononnya proses cabutan ini tidak telus.

“Kalau tak faham proses cabutan itu, tanya kepada persatuan kontraktor. Janganlah buat fitnah,” kata Aminuddin di Majlis Penyerahan SST Kerja-Kerja MARRIS Fasa 1 di Dewan Coral Height pada Khamis.

Aminuddin turut menzahirkan perasaan sedih beliau apabila usaha beliau untuk membantu kontraktor bumiputera dengan sejujur dan sebaik mungkin difitnah oleh pihak tertentu di media sosial.

“Kita buat paling terbaik yang kita mampu, paling jujur kita boleh buat.

“Tetapi fitnah tetap fitnah. Tak habis-habis fitnah.

“Sampai bila nak macam ini? Dapat (kontrak) okay, tak dapat marah.

“Dah nak Ramadhan, tetapi sikap masih macam itu.

“Sedih bila buat salah, tak buat salah,” ujar Aminuddin lagi.

Sebanyak 250 kontraktor G1 telah selesai dilantik bagi penyelenggaraan jalan di bawah peruntukan MARRIS Negeri Sembilan Fasa 1.

Show More

Related Articles

Back to top button