Berita

AMK Negeri Sembilan buat laporan polis terhadap usaha menjatuhkan kerajaan

EREMBAN: Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan telah membuat laporan polis terhadap usaha yang dijalankan oleh segelintir pihak untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan hari ini.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan, Encik Afif Anuar berkata, laporan polis yang dilakukan ini adalah bertujuan meminta pihak polis menyiasat usaha yang dibuat oleh penulis blog, Raja Petra Kamaruddin.

“Gerakan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan adalah tidak bertanggungjawab dan ia mengganggu gugat sistem demokrasi di negara kita.

“Dalam masa sama ia juga turut menghalang pelabur untuk masuk ke dalam negara yang sekali gus merencatkan ekonomi kita.

“Saya yakin gerakan ini telah dimulakan oleh beberapa orang Ahli Parlimen termasuk pimpinan pembangkang yang tidak bertanggungjawab.

“Justeru itu, saya telah meminta pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat gerakan ini yang sangat jelas bertentangan dengan Seksyen 124B dan 124C Kanun Keseksaan,” kata Afif.

Laporan polis tersebut dibuat di Ibu Pejabat Polis Seremban 2.

Show More

Related Articles

Back to top button