KBS mahu infrastruktur sukan beri nilai tambah kepada pembangunan insan

SEREMBAN: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) komited untuk memastikan setiap projek pembangunan yang dilaksanakan bukan sahaja menambah baik kemudahan fizikal, tetapi juga memberi nilai tambah kepada pembangunan insan, kesejahteraan masyarakat serta kelestarian sektor belia dan sukan negara,” kata Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.
Beliau berkata demikian semasa mengadakan lawatan kerja ke tiga tapak projek pembangunan KBS di Negeri Sembilan.
“Lawatan kerja ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan KBS untuk memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar, berkualiti dan memberi impak maksimum kepada rakyat.
“Lawatan dimulakan di Projek Naik Taraf Akademi Pembangunan Belia Malaysia, Port Dickson, diikuti Projek Pembinaan Kompleks Sukan Rembau, sebelum diteruskan ke Projek Naik Taraf Stadium Hoki Tan Sri Dato’ Haji Mohd Said, Seremban 2,” jelas Nagulendran.



