Anugerah MyChampion: KOSPEN Kampung Pasir Ambor raih tempat keempat

JUASSEH: Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) Kampung Pasir Ambor berjaya meraih tempat keempat Kategori Penggerak Komuniti Sihat sempena Anugerah MyChampion Peringkat Negeri Sembilan 2025.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Puan Sri Dato’ Bibi Sharliza Mohd Khalid berkata, kejayaan ini lahir daripada semangat, usaha dan kesungguhan komuniti dalam menjayakan pelbagai program dari Jun hingga Ogos lalu.
Antara program yang dianjurkan oleh KOSPEN Kampung Pasir Ambor ialah Saringan Kesihatan Secara Bulanan, Pameran Kesihatan bersama Duta Ubat dan Unit Farmasi PKD Kuala Pilah, Lawatan rumah ke rumah oleh sukarelawan KOSPEN, Aktiviti Fizikal, Program Hoghuk Sekampung sempena Bulan Kemerdekaan dan Kempen Bebas Asap Rokok.
“Inilah bukti bahawa apabila rakyat bersatu hati, kesihatan dan kesejahteraan dapat dipertingkatkan.
“Saya amat berbangga dengan pencapaian ini.
“Teruskan langkah juang untuk menjadikan komuniti Juasseh lebih sihat, cergas dan kuat,” kata Bibi Sharliza.