Berita

Apa itu penyakit Talasemia?

Talasemia ialah penyakit genetik (keturunan) yang menjejaskan penghasilan hemoglobin dalam sel darah merah dan menyebabkan anemia dengan tahap keterukan yang berbeza.

Sehingga laporan terkini, sebanyak 9,554 pesakit talasemia telah direkodkan di Malaysia berdasarkan Malaysia Thalassaemia Registry Annual Report 2023.

Pesakit memerlukan pemantauan berterusan serta rawatan susulan bagi mengawal komplikasi, termasuk pengumpulan zat besi berlebihan dalam badan.

Rawatan talasemia merangkumi pemindahan darah secara berkala dan terapi iron chelation.

Perkembangan teknologi perubatan turut memperkenalkan pendekatan rawatan baharu seperti Terapi Gen dan Pemindahan Sel Stem Hematopoietik (HSCT) yang berpotensi meningkatkan hasil rawatan pesakit.

KKM sentiasa komited untuk memperluas akses kepada rawatan berteknologi tinggi secara berperingkat bagi memastikan pesakit talasemia terus menerima perkhidmatan kesihatan yang komprehensif, selamat dan berkualiti.

Show More

Related Articles

Back to top button