Berita

APACABA Coffee produk baharu anak tempatan

PORT DICKSON: Jenama APACABA Coffe merupakan satu produk baharu yang boleh diketengahkan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, hal ini kerana ia merupakan satu lagi jenama kopi yang dihasilkan oleh anak tempatan.

“Walaupun perlu bersaing bersama beberapa lagi jenama besar, tetapi saya yakin bahawa jenama ini mampu menjadi terkenal di seluruh negara.

“Jenama ini juga menunjukkan permulaan yang baik kerana sudah memliki kedai sendiri diJelebu dan Seremban.

“Pada hari ini satu lagi kedai di Port Dickson telah rasmi di buka.

“Ini secara tidak langsung menunjukkan mereka telah berkembang dengan pantas demi memenuhi cita rasa penggemar kopi,” ujar Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button