Arul Kumar buat ‘spot check’, isu Kad Konsesi BAS.MY

SEREMBAN: Berikutan aduan yang diterima oleh Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan, J.Arul Kumar berhubung isu Kad Konsesi BAS.MY dan Kad Debit; beliau telah mengadakan lawatan secara mengejut (spot check) di Terminal 1 Seremban.
“Saya telah menerima aduan daripada pengguna perkhidmatan BAS.MY berkaitan masalah tidak boleh menggunakan Kad Konsesi, Kad Kredit dan Kad Debit.
“Justeru itu, saya telah pergi ke Terminal 1 Seremban untuk membuat spot check berkaitan aduan yang diterima melalui Facebook.
“Saya juga telah mencuba menggunakan Kad Debit dan Kad Konsesi BAS.MY di dalam beberapa bas di Terminal 1.
“Kebanyakkan bas memang tidak mempunyai masalah dan boleh menggunakan semua kad untuk pembayaran.
“Tetapi ada juga beberapa bas mempunyai masalah dalam menggunakan kad ini dan saya telah menghubungi operator untuk memaklumkan masalah tersebut dan saya telah meminta mereka untuk mengambil tindakan segera,” kata Arul Kumar.
Arul Kumar berkata, beliau berharap masalah ini dapat diselesaikan dengan segera dan semua pengguna boleh menggunakan perkhidmatan BAS.MY dengan lebih mudah.
“Di Negeri Sembilan perkhimatan BAS.MY mempunyai lebih kurang 90 bas baharu meliputi semua daerah.
“Tambahan pula, warga emas, pelajar sekolah sehingga universiti dan OKU boleh menggunakan perkhidmatan BAS.MY secara percuma.
“Selain itu, warganegara Malaysia juga boleh menggunakan Kad Perjalanan Tanpa Had yang berharga RM 50 dan menggunakan perkhidmatan BAS.MY tanpa had untuk 30 hari,” jelas Arul Kumar.