Berita

Arul lawat CLQ Bandar Seremban Selatan

SEREMBAN JAYA: Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J.Arul Kumar telah turun padang bagi melawat keadaan di Centralised Labour Quarters (CLQ) di Bandar Seremban Selatan.

Arul Kumar berkata, CLQ Bandar Seremban Selatan dijangka dapat menempatkan sekurang-kurangnya 1,780 pekerja asing.

“CLQ ini juga dilengkapi pelbagai kemudahan lain.

“Penubuhan CLQ ini adalah sebahagian daripada inisiatif untuk menyediakan penginapan berpusat bagi pekerja asing, mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

“Pada masa ini, permohonan kelulusan CLQ ini sedang diproses oleh Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dengan mengikuti semua garis panduan awal yang telah ditetapkan.

“MBS juga tidak akan membenarkan mana-mana majikan untuk menempatkan pekerja warga asing di kawasan perumahan.

“Keputusan untuk tidak lagi memberikan kelulusan penempatan pekerja asing di kawasan perumahan juga sejajar dengan usaha untuk menjaga kesejahteraan masyarakat setempat.

“Dengan adanya CLQ seperti di Seremban Selatan, pekerja asing dapat tinggal di persekitaran yang lebih sesuai, lengkap dengan kemudahan asas yang diperlukan.

“Kerajaan Negeri Sembilan turut menyambut baik inisiatif operator dan pengusaha swasta dalam menyediakan CLQ di lokasi-lokasi yang strategik dan memenuhi garis panduan yang ketat,” kata Arul Kumar.

Show More

Related Articles

Back to top button