Berita

Asap hitam di PD akibat pembakaran gas tidak sempurna

PORT DICKSON: Punca asap hitam yang berasal daripada sebuah premis penapisan minyak di Port Dickson adalah disebabkan oleh pembakaran tidak sempurna.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, maklumat tersebut didapati setelah mendapat aduan daripada orang ramai terutamanya daripada Taman Toh Kee Kah dan Taman Mewah.

“Hasil siasatan, pelepasan asap hitam tersebut adalah berpunca daripada pembakaran gas yang tidak sempurna semasa proses penstabilan di unit flare.

“Premis ini juga didapati masih dalam proses ‘startup’ dan penstabilan sebelum beroperasi sepenuhnya.

“Walau bagaimanapun, pelepasan asap hitam tersebut masih berada di bawah paras yang dibenarkan.

“Oleh hal yang demikian, pihak premis hanya diberikan notis sahaja supaya kejadian sama tidak berulang semula.

“Saya mewakili Jabatan Alam Sekitar juga menyeru kepada orang awam bagi melaporkan sebarang aktiviti mencemarkan alam sekitar.

“Laporan boleh dibuat di talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau e-mel ke aduan_k@doe.gov.my,” kata Nik Nazmi.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button