
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) ingin mengingatkan orang awam dan syarikat agar berwaspada terhadap taktik penipuan yang melibatkan proses tender palsu.
Antara modus operandi yang dikenal pasti:
Dakwaan palsu kononnya telah mendapat tender daripada KPKM.
Permintaan kerjasama kewangan sebagai ‘rakan kongsi tender’.
Penggunaan dokumen palsu dengan nama dan jawatan pegawai KPKM.
Peringatan Penting:
Jika diri anda terlibat sebagai mangsa penyamaran identiti oleh scammer atau menjadi mangsa scammer tersebut, anda segera membuat Laporan Perlindungan (Cover Report) di balai polis berdekatan.
Lindungi diri anda dan organisasi daripada menjadi mangsa penipuan.
Sebarkan maklumat ini untuk meningkatkan kesedaran bersama.



