Berita

Bajet 2026 hala tuju penting pembangunan Negeri Sembilan

SEREMBAN: EXCO (Kanan) Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi Negeri Sembilan, Dato’ Seri Jalaluddin Alias telah mengadakan mesyuarat bersama ketua-ketua jabatan di bawah portfolio beliau untuk memulakan gerak kerja awal bagi penyediaan inisiatif yang benar-benar memberi impak besar dalam Bajet 2026 nanti.

Jalaluddin yang juga Exco (Kanan) Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup berkata, Bajet 2026 adalah dokumen dan hala tuju terpenting pembangunan negeri untuk tahun hadapan.

“Hal yang penting untuk manfaat rakyat ini tidak boleh dipandang enteng atau sekadar ala kadar.

“Jadi hari ini saya duduk bersama ketua-ketua jabatan di bawah portfolio Exco Kanan untuk memulakan gerak kerja awal bagi penyediaan inisiatif yang benar-benar memberi impak besar.

“Saya teliti satu per satu, dengan penekanan terhadap keberkesanan pelaksanaan, keperluan semasa rakyat, serta kesesuaian dengan dasar MADANI.

“Fokus kita jelas, merancang peruntukan dalam memastikan tiada lapisan masyarakat yang tertinggal.

“Semua ini bukan retorik, tetapi dibuktikan menerusi penyelarasan data, libat urus akar umbi dan pelaksanaan projek yang bersifat menyeluruh dan mampan,” kata beliau.

Jalaluddin berkata, Bajet 2026 di bawah portfolio beliau bukan retorik politik, ia sebuah janji dan tanggungjawab kita kepada rakyat.

“Terima kasih kepada semua agensi, jabatan kerajaan dan pemegang taruh yang terus komited memastikan negeri ini terus maju dengana dil dan saksama.

“Kita bincang, rancang dan laksanakan semua ini demi rakyat Negeri Sembilan,” ujar beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button