Berita
Bapa angkat Muay Thai sedia bantu atlet SUKMA
CHUAH: Bapa angkat kepada pasukan Muay Thai Negeri Sembilan, Yew Boon Lye bersedia untuk membantu pasukan tersebut bagi menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) kali ke-21.
Yew berkata, pelbagai perkara telah dibincangkan bagi menghadapi SUKMA kali ini yang akan berlangsung pada 17 Ogos hingga 24 Ogos ini di Sarawak.
“Kita akan pastikan para atlet berada dalam tahap yang terbaik.
“Saya juga berharap agar pasukan ini dan kontinjen Negeri Sembilan seluruhnya akan memperolehi keputusan cemerlang pada akhir kejohanan ini nanti,” kata Yew.