BeritaMenarikProgram

Beri peluang beli murah, NS Fest wajar diteruskan

NILAI: Pengunjung NS Fest mahu penganjuran NS Fest diteruskan setiap tahun kerana ia menawarkan peluang membeli barangan keperluan dengan harga yang lebih murah.

Nurul Abdul Razak, 30, dari Seremban berkata, ini kali pertama beliau berkunjung ke NS Fest.

“Dalam keadaan ekonomi sekarang yang agak mencabar, jualan barangan keperluan dengan harga yang murah dan berpatutan amat membantu dalam penjimatan perbelanjaan.

“Hari ini saya membeli barangan seperti beras, minyak masak, gula, telur dan Milo yang dijual dengan murah dan berpatutan.

“Maka NS Fest menawarkan peluang untuk membeli barangan keperluan dengan harga murah.

“Oleh itu, saya berharap penganjuran NS Fest perlu diteruskan pada masa akan datang,” jelas Nurul.

Show More

Related Articles

Back to top button