Berita

Buang puntung rokok merata, sembilan individu dihukum

SEREMBAN: Sembilan individu berusia antara 20 hingga 57 tahun dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) di sekitar Bandar Prima Senawang selepas didapati bersalah membuang puntung rokok di tempat awam.
Mereka diarahkan menjalankan kerja pembersihan selama empat jam termasuk menyapu kawasan, mengutip sampah serta membersihkan longkang; satu pengalaman yang pastinya memberi pengajaran secara langsung.
Tindakan ini dilaksanakan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) sebagai sebahagian pendekatan penguatkuasaan yang bukan sekadar menghukum, tetapi mendidik dan membentuk kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat. (Negeri Sembilan kini).
Foto: Izzul Ahmad@BERNAMA
Show More

Related Articles

Back to top button