Berita

Cambell FC juara Piala MB Peringkat Parlimen Rasah

RASAH: Pasukan Bola Sepak Cambell FC berjaya menjadi johan Kejohanan Bola Sepak Piala Menteri Besar Negeri Sembilan Peringkat Parlimen Rasah.

ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren berkata, Cambell FC membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000.

“Tempat kedua menjadi milik pasukan Harimau Puaka FC yang membawa pulang wang tunai RM3,000 dan tempat ketiga disandang oleh Najihah FC dengan wang tunai RM2,000.

“Tahniah dan syabas kepada pasukan yang bertanding.

“Teruskan berusaha untuk kejayaan masa depan,” kata Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button