Berita

Pengundi 18 perlu diberi penerangan: YAP

MAMBAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambau, YB Yap Yew Weng berkata, pengundi berumur 18 perlu diberi penerangan yang secukupnya bagi mendapatkan sokongan mereka.

“Dalam keadaan para pengundi mempunyai pelbagai persepsi berkenaan PRU-15 ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu memainkan peranan untuk menyalurkan maklumat secepat mungkin.

“Hal ini demikian supaya, pengundi tidak keliru dengan penambahan saluran undi dan tempat mengundi.

“Saya juga ingin menyeru supaya berilah sokongan kepada Pakatan Harapan di Negeri Sembilan kerana telah berjaya menunaikan 98 peratus manifesto PRU-14 yang lalu,” kata Yap.

Yap berkata demikian di Majlis Perasmian Pembukaan Bilik Gerakan Komersial Park Bukit Blossom bagi Calon DAP P.130 Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin.

Turut hadir, ADUN Bukit Kepayang, YB Nicole Tan Lee Koon, ADUN Rahang, YB Mary Josephine Prittam Singh dan ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button