BeritaMenarikProgram

Caruman PERKESO bagi Bilal, Siak dan Pembantu Am Wanita

SEREMBAN: Pada tahun 2025 nanti, Kerajaan Negeri Sembilan akan meneruskan pemberian elaun kepada Guru Takmir.

Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, peruntukan berjumlah RM173,000 disediakan untuk meneruskan pemberian elaun ini sebagai pengiktirafan Kerajaan Negeri terhadap sumbangan Guru Takmir dalam mendidik ummah dan masyarakat celik al-Quran.

“Selain itu sebanyak RM1.01 juta disediakan bagi Insentif Tambahan Elaun Guru KAFA Tulen dan RM0.6 juta diperuntukkan bagi program Pembinaan Karakter Bangsa.

“Manakala sebanyak RM5.08 juta diperuntukkan untuk bayaran elaun Bilal, Siak dan Pembantu Am Wanita.

“Selain pemberian elaun, Kerajaan Negeri juga prihatin dengan risiko dan kebajikan penggerak institusi masjid semasa menjalankan tugas.

“Untuk itu, sukacita saya umumkan satu lagi inisiatif baru iaitu Caruman PERKESO kepada Bilal, Siak dan Pembantu Am Wanita sebagai skim perlindungan sosial dengan peruntukan sebanyak RM0.56 juta pada tahun 2025,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian semasa Pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2025 di Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-15 di Seremban baru-baru ini.

Show More

Related Articles

Back to top button