Berita

Dari potensi ke realiti: Infineon

Tahukah anda potensi pelaburan RM30 bilion Infineon telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa Misi Pelaburan dan Perdagangan ke Jerman, susulan pertemuan dengan pengurusan tertinggi Infineon di sana?

Kini, potensi itu telah menjadi realiti!

Infineon Technologies, gergasi semikonduktor dari Jerman, telah memulakan tambahan pelaburan sebanyak RM30 bilion untuk pembinaan kilang 200mm Silicon Carbide (SiC) Power Fab TERBESAR DI DUNIA di Kulim Hi-Tech Industrial Park, Kedah.

Fasa pertama kilang ini bukan sahaja sudah siap, malah telah mula beroperasi.

Pelancaran kilang ini oleh Perdana Menteri turut dihadiri oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor; bukti pengiktirafan Kerajaan Negeri terhadap peranan Kerajaan Pusat dalam menarik pelaburan tambahan ke negeri Kedah.

Pelaburan mega ini bukan sahaja melonjakkan Malaysia sebagai pusat pengeluaran semikonduktor global, malah ia juga mewujudkan 1,500 peluang pekerjaan bergaji tinggi untuk rakyat tempatan.

Ini adalah komitmen pelaburan yang sangat signifikan dan bukti keyakinan Infineon terhadap Malaysia.

Komitmen Infineon untuk membantu PKS tempatan juga terserlah melalui Program Pembangunan Vendor Tempatan yang dilancarkan pada 15 Januari 2025, menyokong 139 syarikat tempatan! Bayangkan berapa ramai rakyat Malaysia yang menerima manfaat?

Masih lagi nak tuduh potensi pelaburan oleh YAB Perdana Menteri cuma pengumuman kosong?

Dari potensi, kita jadikan realiti!

Show More

Related Articles

Back to top button