YB Kita

Doa Asna iringi calon SPM DUN Lenggeng

LENGGENG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Dato’ Mohd Asna Amin telah menghadiri Majlis Bacaan Yassin, Doa Selamat dan Solat Hajat Sempena Peperiksaan SPM 2025 yang telah diadakan di Masjid Panchor Jaya.

“Selamat menghadapi peperiksaan SPM kepada semua calon.

“Semoga anda dikurniakan ketenangan fikiran, kecerdasan minda, dan kesihatan yang baik.

“Teruskan berusaha dan berdoa, kerana kejayaan tidak datang tanpa pengorbanan.

“Gunakan masa dengan sebaiknya, fokus pada matlamat dan percaya pada kemampuan diri.

“Percayalah, usaha anda akan membuahkan hasil yang manis nanti.

“Insya Allah, sama sama kita doakan supaya anak-anak kita yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun 2025 ini, dipermudahkan urusan dan diberi kelapangan dalam menduduki ujian SPM tahun 2025,” kata Asna.

Show More

Related Articles

Back to top button