Elak insulin spike ketika berbuka puasa
Dalam menikmati juada berbuka puasa yang dibeli di bazar Ramadhan mahupun dimasak oleh si isteri, kita juga harus tahu bagaimana kaedah pengambilannya bagi mengelakkan ‘insulin spike’.
Hal ini kerana ‘insulin spike’ ini mampu memberi kesan kepada kesihatan kita dalam jangka masa panjang.
‘Insulin spike’ merujuk kepada peningkatan hormon insulin secara mendadak dalam badan akibat pengambilan atau minuman tinggi gula selepas tempoh berpuasa seharian.
Keadaan ini biasanya berlaku apabila seseorang terus mengambil minuman manis, kuih-muih manis atau makanan berkarbohidrat ringkas dalam kuantiti yang banyak ketika berbuka.
Pakar kesihatan menjelaskan, ketika berpuasa paras gula dalam darah berada pada tahap lebih rendah dan stabil.
Namun, pengambilan gula secara berlebihan dalam tempoh singkat akan menyebabkan paras gula meningkat mendadak sebelum turun secara cepat, sekali gus membuatkan seseorang mudah berasa letih, mengantuk dan lapar semula.
Dalam jangka panjang, amalan berbuka secara tidak terkawal boleh meningkatkan risiko obesiti, rintangan insulin dan diabetes jenis 2.
Sehubungan itu, orang ramai disarankan berbuka secara sederhana dengan memulakan pengambilan makanan ringan seperti kurma dan air kosong, diikuti hidangan seimbang yang mengandungi karbohidrat kompleks, protein serta serat.
Pendekatan tersebut bukan sahaja membantu menstabilkan paras gula dalam darah, malah memastikan tubuh kekal bertenaga untuk menunaikan ibadah sepanjang Ramadan.
Buka puasa menikmati juadah,
Jangan sampai kesihatan tak endah.



