Berita

Terima kasih Tok Min datang gerai saya: Ehsan

KUALA PILAH: Encik Noor Ehsan Hamid mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun kerana datang ke kedai beliau.

Hamid yang merupakan pemilik kepada gerai nombor 14 di Belango Waghih itu berkata, kehadiran Tok Min sekaligus dapat membantu mempromosikan gerai beliau.

“Kehadiran beliau (Aminuddin) dapat membuka mata kepada masyarakat kewujudan medan selera ‘Belango Waghih’ di Kuala Pilah berhampiran Pejabat Polis Kuala Pilah.

“Gerai ini pun baru sahaja mula beroperasi, jadi belum ramai pengunjung yang hadir atau sedar kewujudan tempat ini.

“Terima kasih sekali lagi kepada Tok Min kerana datang ke gerai saya,” ujar beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button